Ramalan harga Bitcoin bagi tahun 2030: Di manakah ia akan berada?

By Peter Henn

Apakah ramalan harga Bitcoin terkini bagi tahun 2030? Sesetengah orang percaya bahawa mata wang kripto ini boleh mencapai nilai tujuh angka, dan sesetengah orang pula tidak pasti.

Di dalam ramalan ini

Cubaan membuat ramalan harga Bitcoin bagi tahun 2030 bukanlah perkara yang bijak untuk dilakukan. Agak sukar untuk menentukan apakah nilai mata wang kripto ini pada minggu hadapan, apatah lagi dalam masa sembilan tahun akan datang. Ramai pemain besar di dalam bidang ini, salah satu daripadanya ialah Mike Novogratz, telah beberapa kali membuat ramalan tahunan yang akhirnya tersasar.

Terdapat sesetengah orang yang mengatakan bahawa adalah tidak mustahil untuk mengagak harga Bitcoin dalam masa 10 tahun. Mereka merujuk kepada bagaimana Bitcoin (BTC) telah cenderung untuk mengikuti putaran empat tahun yang menyaksikan lonjakan keuntungan pada bulan ke 12 hingga 18 selepas pembahagian. Namun begitu, mereka biasanya kurang berminat untuk menyebut tentang pusingan beruang yang biasanya menyusul, yang telah menghapuskan sebahagian besar nilai Bitcoin pada tahun 2018.

Apabila menyebut tentang harga Bitcoin pada tahun 2030, perlu diingat bahawa secara teori, ini boleh menjadi tahun yang didominasi oleh beruang. Pada tahun 2014, dua tahun selepas pembahagian pertama, BTC telah kehilangan 37.4% daripada nilainya dalam suku pertama, 39.7% dalam suku ketiga dan 16.7% lagi dalam suku keempat, menjadikan kerugian terkumpul pada separuh kedua tahun tersebut adalah sebanyak hampir 50%. Tema yang serupa turut dilihat empat tahun kemudian pada tahun 2018 – menurun sebanyak 49.7% dalam suku pertama, 7.7% dalam suku kedua, dan 42.2% dalam suku keempat.

Jika ramalan Bitcoin dibuat berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini (yang mana, pastinya, bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai), kita boleh lihat beberapa pembetulan bagi BTC pada tahun 2022, 2026 dan 2030.

Di sini kita lihat beberapa ramalan utama harga Bitcoin bagi tahun 2030, dengan ramalan jangka panjang yang meneliti titik pencapaiannya yang telah disaksikan pada tahun 2020-an.

Ramalan harga Bitcoin: model stock-to-flow

Tidak dapat dielakkan, cara terbaik untuk memulakan ramalan harga Bitcoin ialah dengan model stock-to-flow yang dihasilkan oleh pedagang yang menggunakan nama samaran PlanB. Walaupun ia telah mencetuskan kontroversi di dalam lingkungan kripto, model ini telah mendapat tepukan apabila Forbes menggelarnya “luar biasa tepat”.

Caranya mudah. Setiap sempat tahun, jumlah Bitcoin baharu yang memasuki aliran dipotong sebanyak 50%. Pada masa ini, hanya 6.25 BTC dilombong setiap 10 minit, bersamaan dengan 900 BTC sehari. Ini akan jatuh kepada 3.125 BTC pada tahun 2024 dan 1.5625 BTC menjelang tahun 2028. Seperti biasa, teorinya adalah pengurangan bekalan mengakibatkan peningkatan harga jika jumlah permintaan kekal tinggi.

Memandangkan cuma 21 juta Bitcoin sahaja yang akan dikeluarkan, dan pelabur-pelabur jangka panjang dan institusi memegang aset digital mereka untuk tempoh bertahun-tahun, hanya sebahagian kecil daripada jumlah bekalan ini yang cair, memaksa pendatang baharu atau peminat membayar nilai tinggi untuk mendapatkannya. Berdasarkan model ini, Bitcoin dijangka akan mencapai paras $900,000 pada bila-bila masa dalam tahun 2025. Pengkaji, Scott Melker, mendakwa harga purata sebanyak $288,000 boeh dicapai seawal tahun ini. Sudah tentu bukan semua pihak bersetuju. Sebagai contoh, NASDAQ mengatakan bahawa harganya boleh mencapai $100,000 pada tahun ini, sementara ramalan paling optimistik oleh gov.capital adalah $47,200 pada 31 Disember 2021.

Satu lagi perkara yang perlu diambil kira ialah pencapaian Bitcoin dan pasaran kripto lebih besar pada bulan Mei 2021. Sekatan kerajaan China terhadap mata wang kripto dan pengumuman Tesla yang tidak lagi menerima Bitcoin sebagai cara pembayaran, dengan memetik kebimbangan mengenai kesannya terhadap alam sekitar gara-gara penggunaan jumlah tenaga yang besar semasa melombong mata wang tersebut, telah merosakkannya.  Kedua-dua perkara ini perlu diambil kira semasa membuat ramalan harga Bitcoin.

The other thing to note is the hits taken by Bitcoin and the greater cryptomarket in May 2021. Both the Chinese government’s lockdown on cryptocurrencies and Tesla saying it would no longer accept bitcoin as payment, citing concerns over the environmental impact of the large amounts of power used during the currency’s mining, damaged it hard. Both factors should be taken into account when making bitcoin price predictions.

Pandangan orang ramai

Sudah tentu, para pengkaji boleh secara lantang menyatakan pendapat mereka tentang harga Bitcoin pada tahun 2030. Tetapi boleh dikatakan, pendapat yang lebih penting datangnya daripada para pelabur memandangkan pemikiran mereka boleh menentukan pergerakan pasaran sebaik sahaja kita memasuki dekad baharu.

Sebuah undian yang dijalankan oleh Genesis Mining pada bulan Disember 2020 telah memberikan kita sedikit pandangan tentang bagaimana biasanya ramalan harga Bitcoin bagi tahun 2030. Mereka mendapati 65.8% daripada pengundi yakin dengan masa depan jangka panjang aset digital ini, dan 66.2% percaya bahawa BTC merupakan pelaburan jangka panjang yang lebih baik daripada Dollar.

Namun begitu, terdapat pembahagian gambaran ketara apabila pengundi ditanya tentang berapakah nilai harga Bitcoin pada tahun 2030. Hanya 4.8% percaya ia berpotensi untuk melebihi nilai $500,000, sementara 5.5% meletakkan julat antara $100,000 dan $50,000 – hanya 18.6% meramalkan nilai BTC akan melebihi $50,000. Berbeza dengan 21.8% yang berpendapat harganya akan turun di bawah $5,000.

Perlu diambil kira bahawa undian ini dilakukan pada permulaan letusan kenaikan Bitcoin, dan mata wang kripto ini didagangkan pada kira-kira $19,000 ketika ia dikeluarkan. Jika undian ini dilakukan kepada pengundi yang sama semasa mata wang kripto ini mencecah nilai tertinggi sepanjang masanya pada sekitar $65,000 pada pertengah bulan April 2021, kemungkinan besar mereka akan mendapat hasil yang sangat berbeza. Jika orang yang sama melakukan undian tersebut pada hari ini, semasa nilai kripto tersebut telah berkurang hampir separuh dalam masa lebih dua bulan, mereka mungkin akan memberi pendapat yang berlainan sama sekali.

Ramalan Bitcoin bagi tahun 2030: kurang ketidaktentuan?

Sebuah lagi pendapat mengatakan syiling ini akan menjadi kurang tidak menentu seiring masa. Pengasas saluran TV kewangan atas permintaan, Real Vision; Raoul Pal, adalah antara mereka yang percaya kita akan menyaksikan perubahan nilai Bitcoin yang kurang dramatik menjelang 2030. Beliau tidak percaya BTC akan stabil untuk digunakan dalam urusan pembelian setiap hari. Mereka yang lain percaya satu bilion orang akan memiliki Bitcoin menjelang 2030, walaupun hanya dalam jumlah yang kecil. Ini akan menjadi satu masalah kerana pelombong memerlukan galakan untuk memastikan kelancaran rangkaian. Tetapi dengan penurunan ganjaran BTC ke pasal yang kecil, mereka perlu diberi insentif dalam bentuk yuran urus niaga, yang akhirnya boleh meningkat.

Walaupun terdapat kepercayaan jangka panjang di kalangan sesetengah pihak yang Bitcoin akan melebihi permodalan pasaran emas, beberapa ramalan harga Bitcoin pada tahun 2030 menjangkakan pendahulu aset digital ini akan menggantikan fiat.

Dengan mengambil kira perkara ini, banyak yang boleh berubah dalam 10 tahun. Sedekad yang lalu, Bitcoin cuma bernilai $1. Pada tahun 2020-an, kita mungkin bakal menyaksikan negara-negara di seluruh dunia melancarkan bank pusat mata wang kripto masing-masing. Mungkin akan muncul desakan bersepadu untuk mengawal selia Bitcoin. Berkemungkinan juga sebuah aset digital baharu akan mencuri kekuatan BTC dan menjadi mata wang kripto utama. Sudah tentu, apabila Ethereum 2.0 akhirnya keluar, ether (ETH) boleh menjadi pesaing sebenar BTC.

Dekad seterusnya akan penuh dengan kejutan dan perubahan. Ramalan pastinya menjadi sesuatu yang menarik, tetapi hanya mereka yang kurang bijak sahaja yang akan mempertaruhkan wang ke atas kedudukan Bitcoin dalam masa 9 tahun akan datang.

Soalan-soalan Lazim

Kami tidak tahu. Tetapi terdapat beberapa ramalan. Sebagai contoh, CoinPriceForecast mengatakan, Bitcoin sepatutnya mencapai  $102,511 menjelang akhir tahun 2025, sementara  DigitalCoinProce mengatakan, ia akan mencapai nilai setinggi $124,901.70 pada bulan September sebelum turun kepada $100,027.12 pada akhir tahun. Dalam pada itu, Chamath Palihapitiya, Ketua Pegawai Eksekutif Social Capital berkata, “Bitcoin akan bernilai $1 juta atau ia tidak akan bernilai langsung.”

Pasti boleh, tetapi kemungkinan dan bila ada suatu perkara lain. Walaupun terdapat ramalan positif, kita perlu ingat bahawa tindakan keras ke atas mata wang kripto akan memberi kesan yang lebih besar kepada Bitcoin berbanding kripto lain. Anda perlu sentiasa ingat bahawa mata wang kripto sangat tidak menentu dan harga boleh menurun dan meningkat. Lakukan kajian anda dan jangan sesekali melabur melebihi nilai kehilangan yang mampu ditanggung.

Jika anda ingin membeli satu Bitcoin di currency.com, kosnya ialah sekita $36,300. Anda bernasib baik kerana dengan sistem di laman web kami, anda boleh membeli sebahagian daripada satu Bitcoin.

The material provided on this website is for information purposes only and should not be regarded as investment research or investment advice. Any opinion that may be provided on this page is a subjective point of view of the author and does not constitute a recommendation by Currency Com Bel LLC or its partners. We do not make any endorsements or warranty on the accuracy or completeness of the information that is provided on this page. By relying on the information on this page, you acknowledge that you are acting knowingly and independently and that you accept all the risks involved.
iPhone Image
Berdagang saham, indeks, komoditi dan pasangan FX terulung di dunia dengan kripto atau fiat
iMac Image
Berdagang saham, indeks, komoditi dan pasangan FX terulung di dunia dengan kripto atau fiat
iMac Image