Berita dan Ramalan Dogecoin – bolehkan ia mencapai $1?

By Peter Henn

Ramalan Dogecoin agak sukar. Apa yang patut kita lakukan dengan peningkatan dan penurun baru-baru ini?

Di dalam ramalan ini

Nampaknya, Dogecoin (DOGE) mempunyai fikiran mereka sendiri, naik dan turun tanpa sebab yang jelas. Malah, ramalan dogecoin patut mengambil kira amaran kesihatan kewangan.

DOGE dimulakan sebagai gurauan. Ketidaktentuannya bermakna nasihat bijak agar anda tidak melaburkan lebih daripada kerugian yang mampu ditanggung adalah sangat tepat.

Kenaikan tiga digit Dogecoin pada bulan April, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 514% daripada Isnin, 12 April hingga Jumaat, 16 April, seperti menunjukkan permulaan sesuatu yang besar.  Tetapi itu bukanlah keseluruhan ceritanya.

Selepas memulakan minggu tersebut pada $0.07 dan menutupnya pada $0.43, DOGE terus meningkat. Walaupun harganya menjunam ke sekitar $0.25 pada 19 April, ia telah pun meningkat tidak lama kemudian, seperti yang boleh anda saksikan dalam kajian harga Dogecoin.

Agak rumit untuk melakukan ramalan Dogecoin apabila sentimen pasaran boleh berubah semalaman, dan walaupun ramalan harga Dogecoin kelihatan optimistik apabila ia jatuh ke had $0.40 pada awal hari Isnin, 3 Mei, dan mencapai nilai tertingginya pada $0.72 pada 7 Mei, semuanya kembali turun dengan pantas.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, dan boleh dikatakan selebriti peminat DOGE yang paling menyerlah, Elon Musk, telah muncul di rancangan bual bicara TV Amerika Syarikat, Saturday Night Life pada 8 Mei. Dalam rancangan tersebut, beliau ditanya tentang apakah itu Dogecoin, dan beliau menjawab,

Pelawak tetap rancangan itu, Michael Che, membalas,

Musk membalas sambil bergurau,

Komen ini bersahaja ini, bersama beberapa gurauan sebelumnya di dalam rancangan tersebut di mana ibu Musk, Maye, berkata beliau berharap anaknya tidak akan memberikan Dogecoin sebagai hadiah hari ibu, telah menyaksikan nilai altcoin itu jatuh ketara, mencecah paras serendah $0.48 pada pagi Ahad, 9 Mei.

Kemudian, DOGE mula meningkat, mencapai $0.58 pada petang hari tersebut.

Dan kemudian, ia jatuh hingga $0.45 pada awal 11 Mei, sebelum mencecah nilai tinggi dalam sehari di bawah $0.59 pada 14 Mei.

Awan gelap mula menyelubungi DOGE dan pasaran mata wang kripto. Keadaan menjadi sangat teruk pada 19 Mei apabila pasaran menjunam, sebahagiannya disebabkan oleh sekatan kerajaan China ke atas urus niaga mata wang kripto.

DOGE telah jatuh ke nilai terendah dalam sehari iaitu kurang daripada $0.23. Ia kelihatan seperti sedang menjadi bertambah baik apabila mencecah nilai tertinggi dalam sehari $0.44 pada 2 dan 3 Jun, sejurus selepas disenaraikan di pelantar pertukaran Coinbase, tetapi keadaan tidak begitu bagus dan ia berada di dalam keadaan yang tidak bagus seterusnya  pada bulan tersebut, lebih-lebih lagi jatuh ke nilai terendah dalam sehari pada $0.16 pada 21 dan 22 Jun.

Terdapat sebuah pemulihan kecil, tetapi pada awal bulan Julai, Doge kebannyakkanya didagangkan antara $0.20 ke $0.25. Berita buruk Dogecoin semakin bertambah apabila Ric Edelman daripada Edelman Financial Engines berkata di dalam sebuah interview pada 7 Julai yang beliau akan “mengabaikan Dogecoin sepenuhnya. Ianya bukan sekadar kgurauan. Ianya penipuan dan akan menjadi sesuatu yang tidak akan berakhir dengan bagus.” Pasaran bertindak balas dengan dahsyat  dengan harganya jatuh semula di bawah $0.22.

Carta harga satu tahun Dogecoin

Percanggahan pendapat

Seperti yang anda jangka, terdapat percanggahan pendapat tentang apakah nilai Dogecoin pada masa hadapan. Pada ketika risalah ini ditulis (8 Julai), permodalan pasaran DOGE ialah $27.76 bilion, menjadikan ia mata wang kripto ketujuh terbesar. 

Ini merupakan kejatuhan ketara daripada $83.08 bilion yang telah dicapai pada 5 Mei, tetapi masih berbaloi untuk meluangkan sedikit masa untuk meneliti angka-angka tersebut. Pada penilaian ini, mata wang kripto yang bermula sebagai gurauan ini adalah lebih bernilai berbanding Best Buy, LG Electronics, Delta Air Lines dan Tesco.

Semangat ramalan Dogecoin bukanlah sesuatu yang baharu. Pada musim panas tahun lalu, sebuah cabaran TikTok yang menggalakkan penggunanya, yang kebanyakannya remaja, untuk mendapatkan pendedahan tentang DOGE telah menjadi tular. Sebuah video memberitahu mereka, jika mereka membeli altcoin bernilai $25, pelaburan mereka akan bernilai $10,000 sebaik sahaja DOGE berjaya mencapai satu Dollar.

Tuduhan mengepam dan membuang

Terdapat banyak tuduhan yang disebar luas yang mengatakan ini adalah sebuah skim pam dan buang, dan amaran yang tidak henti-henti mengatakan para pelabur mengalami kemudaratan. Pada masa klip TikTok tersebut dibuat, satu DOGE cuma bernilai $0.0023, dan walaupun altcoin itu meningkat kesan daripada peningkatan permintaan runcit, nilainya hanya berjaya naik dua kali ganda kepada $0.0046. Ramai pembeli kecewa apabila harganya turun mendadak selepas itu.

Kira-kira sembilan bulan kemudian, mereka yang kekal bertahan dengan DOGE mereka seperti sedang duduk di atas lombong emas. Perubahan mendadak daripada $0.0023 ke $0.52 menunjukkan pertambahan besar di bawah 22,608.7%. Sesiapa yang membeli altcoin ini pada nilai $25 pada musim panas yang lalu, dan mengekalkannya, telah menyaksikan nilai pelaburan mereka meningkat kepada lebih $5,650 sebelum kejatuhan pada 19 Mei. Walaupun harga semasa sekitar $0.22 mewakili peningkatan 9,000%, bermakna $25 sekarang bernilai lebih daripada $2,400.

Di bahagian yang lain, kita dapat melihat DOGE dalam beberapa keadaan hanya dalam beberapa bulan, menunjukkan ketidaktentuannya yang melampau.

Bahaya ramalan Dogecoin sekarang ini adalah orang ramai mungkin akan hilang minat untuk melabur di dalam syiling yang telah mengalami kerugian teruk dalam tempoh beberapa bulan sebelumnya. Corak dagangan umumnya juga tidak membantu. Apabila sesebuah aset  bergantung pada ciapan daripada Elon Musk dan sokongan daripada Gene Simmons untuk didorong ke hadapan, loceng amaran sepatutnya berbunyi.

Berdasarkan hal ini, terdapat sekumpulan individu di dalam Crypto Twitter yang sangat meminatinya percaya bahawa DOGE mempunyai segalanya yang diperlukan untuk mencapai $1. Ini mungkin nampak keterlaluan, tetapi pada awal tahun lagi penipu sepatutnya mengenepikan tanggapan althcoin ini mempunyai peluang untuk mencapai nilainya sekarang, apatah lagi nilainya ketika zaman kegemilangan pada penghujung April dan awal Mei.

Mark Cuban, seorang jutawan pemilik Dallas Mavericks, adalah antara mereka yang sangat mempercayai bahawa harga Dogecoin pada masa hadapan akan diukur dalam Dollar dan bukannya sen. Pemain bola keranjangnya sekarang menerima DOGE sebagai cara pembayaran untuk barang dagangan. Beliau yakin bahawa peningkatan besar boleh berlaku.

DOGE lebih menghampiri $1 pada hari ini berbanding nilainya pada awal tahun. Semasa risalah ini ditulis, altcoin ini perlu naik sebanyak 344% untuk mencapai tahap itu. Walaupun kelihatan mustahil, kenaikan ini masih kurang berbanding kenaikan antara Disember 2020 dan sekarang. Mencapai $1 boleh memberikan mata wang ini permodalan pasaran sebanyak $129.3 bilion, dengan selesa menjadikannya syiling ketiga terbesar, merangkumi seperti syiling Binance, XRP dan Tether.

The material provided on this website is for information purposes only and should not be regarded as investment research or investment advice. Any opinion that may be provided on this page is a subjective point of view of the author and does not constitute a recommendation by Currency Com Bel LLC or its partners. We do not make any endorsements or warranty on the accuracy or completeness of the information that is provided on this page. By relying on the information on this page, you acknowledge that you are acting knowingly and independently and that you accept all the risks involved.
iPhone Image
Berdagang saham, indeks, komoditi dan pasangan FX terulung di dunia dengan kripto atau fiat
iMac Image
Berdagang saham, indeks, komoditi dan pasangan FX terulung di dunia dengan kripto atau fiat
iMac Image