Ramalan harga syer GSK: mengapa syarikat ini berpecah?

By Connor Sephton

Ramalan harga syer GSK sedang bertindak balas dengan rancangan untuk memisahkan bahagian farmasi syarikat dan kesihatan pengguna, dengan CEO syarikat tersebut menghadapi tentangan daripada aktivis investors.co

Dalam ramalan ini

Dua setengah tahun selepas pengumuman rancangan yang disebut di atas, GlaxoSmithKline (GSK) telah mengesahkan perniagaan farmaseutikalnya akan berpecah dengan jabatan kesihatan pengguna. Jabatan kesihatan pengguna yang disebutkan ini akan dijadikan sebuah syarikat tersenarai bursa yang baru.

Aturan seperti yang disebut di sini hanya terjadi setelah beberapa lama saham GSK menghadapi kesulitan. GSK adalah syarikat vaksin terbesar dari segi pulangannya, namun ia ketinggalan dalam perlumbaan bagi pengeluaran vaksin koronavirus berbanding pesaing-pesaingnya yang lain, antaranya Pfizer, AstraZeneca dan Moderna yang telah berjaya membawa vaksin Covid-19 ke pasaran. Percubaan Fasa 3 bagi calon vaksinasi GSK baru bermula pada bulan Mei 2021 dan mungkin hanya akan mendapat kebenaran untuk penggunaan meluas pada penghujung tahun ini.

Harga syer GSK juga telah dibayangi lonjakan dalam bilangan penangguhan prosedur elektif bagi pesakit, di mana keadaan diburukkan lagi disebabkan pandemik koronavirus. Harga saham GSK jatuh sebanyak 9.9% dalam masa dua belas bulan yang lepas sehingga tarikh 12 Julai, menjadikan harga sahamnya 1,439p. Dalam tempoh yang sama, saham Pfizer telah meningkat sebanyak 20% dan saham AstraZeneca pula melihat peningkatan yang lebih sedikit pada 2.3%.

Analisa saham GSK mendedahkan cabaran-cabaran lain berkenaan kajian dan pembangunan. Jualan mencecah nilai £3bn dijangka akan lesap apabila GSK ketiadaan hak-hak eksklusif ke atas ubatan HIV dolutegravir dalam jangka masa enam tahun. Tambahan lagi, terdapat sebilangan ubat-ubatan berprofil tinggi telah gagal dalam fasa percubaan klinikalnya. Ini kebermungkinannya akan memberi kesan kepada “bottom line” syarikat di antara jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang.

Apakah kesan pemecahan ini

Harga saham GSK meningkat sebanyak 1% selepas rancangan berkenaan bisnes kesihatan pengguna didedahkan kepada umum. Berikutan ini, kita akan lihat dengan lebih mendalam apa yang terlibat dalam perancangan ini.

Matlamat tinggi telah ditetapkan untuk "New GSK", nama entiti baru di bawah syarikat farmasi ini. Ia akan terus berada di bawah naungan ketua pegawai eksekutif (CEO), Emma Walmsley. Pelabur-pelabur telah dinasihatkan bahawa syarikat ini bertujuan mengembangkan penjualan sebanyak 5% dan keuntungan operasi sebanyak 10% antara masa kini dan 2025.

Syarikat ini mahu memberikan impak positif terhadap kesihatan kepada lebih 2.5 bilion individu dalam dekad yang akan datang. Pemecahan tersebut dijangka akan mewujudkan “pemacu dunia baru dalam penjagaaan kesihatan konsumer” menurut kata syarikat itu sendiri, yang menganggarkan pemecahan tersebut akan diketahui pada pertengahan tahun depan. Jenama-jenama yang dibawa GSK adalah termasuk ubat gigi (Sensodyne and Aquafresh), produk berhenti merokok (Nicorette and Nicotinell) dan jenama pelega kesakitan (Panadol and Advin).

Syarikat ini yang berhadapan dengan pengguna akan menjadi kediaman portfolio yang menjana jualan tahunan sebanyak £10 bilion tahun lepas dan ianya “berkedudukan baik untuk perkembangan lanjut”.  GSK memegang 68% dalam saham penjagaan kesihatan consumer, di mana 80% dari nilai pemecahan ini akan dipulangkan kepada pemegang-pemegang saham tetapi New GSK merancang untuk terus memegang 20% nilai baki saham tersebut. Pfizer, yang memegang 32% saham juga membuat persediaan untuk keluar dari pemegangannya.

Harga saham GSK juga akan terkesan dengan perubahan ketara pada pembayaran dividen. Dividen untuk keseluruhan tahun 2021 berdiri pada nilai 80p tetapi dijangka untuk jatuh ke nilai 45p dalam tahun 2023.

Tentangan dari pelabur

Lebih banyak ketidakpastian yang timbul berkisarkan saham yang datang dari pelabur aktivis di  Elliott Management yang diketuai Paul Singer. Di dalam sepucuk surat yang dikirim Elliot dalam menerima keputusan pemecahan tersebut dengan hati yang terbuka, Elliot juga memberi amaran bahawa GSK telah “menunjukkan prestasi yang rendah selama beberapa tahun dari segi operasi dan kewangan”. Surat itu juga mencadangkan Walmsley memohon semula jawatan yang dipegang selepas pemecahan syarikat tersebut.

GSK menolak cadangan tersebut dan memberi kenyataan balas seperti berikut:

"Lembaga pengarah mempunyai kepercayaan jitu bahawa Emma Walmsley adalah pemimpin yang betul bagi New GSK dan dengan sebulat suara menyokong tindakan-tindakan yang diambil olehnya serta pasukan pengurusan yang semuanya tertakluk kepada penilaian prestasi yang ketat.”

Keputusan Elliott Management untuk tawar-menawar harga bagi pegangan saham yang bernilai berbilion pound telah menaikkan penggera. Pada bulan Mei yang lepas, The Times di London melaporkan bahawa kerajaan British telah menjadi lebih berwaspada mengenai pelaburan tersebut dan telah meminta pegawai-pegawainya menyelia keadaan. Ini adalah berdasarkan kebimbangan terhadap kebarangkalian Elliot akan menjual bisnes farmasi GSK.  

Dengan grup Elliott mengendalikan 11 laman web merentasi keseluruhan negara UK, sebilangan ahli politik telah memberitahu media akhbar bahawa syarikat tersebut merupakan salah satu kunci perniagaan farmaseutikal negara itu manakala ketua “Commons Business Select Committee” pula menjelaskan kapasiti GSK adalah “kritikal pada keselamatan negara”.

Masih tidak diketahui jikalau industri pesaing akan membeli bahagian penjagaan kesihatan konsumer tersebut. Namun begitu, mana-mana tawaran dari syarikat seperti Johnson & Johnson mungkin akan menarik perhatian pengawal-pengawal selia.  

Ramalan saham GSK: Apakah yang akan terjadi selepas ini?

Ramalan harga syer GSK dalam 12 bulan yang akan datang adalah bercampur-baur. Ura-ura tawaran pengambil alihan atau kejatuhan disebabkan campur tangan pelabur aktivis mungkin akan memberi kesan kepada harga syer GSK, dan begitu juga dengan apa-apa penembusan pasaran dalam persaingan untuk membawa masuk vaksin koronavirus di bawah jenamanya tersendiri.

Apabila kita membincangkan ramalan harga syer GSK bagi tahun 2021, anggaran kelas rendah menunjukkan bahawa harga syer akan jatuh sebanyak 12.9% pada nilai 1,250p dalam tahun yang akan datang. Di akhir skala yang berlawanan, ramalan kelas tinggi menganggarkan peningkatan sebanyak  39.4% pada nilai 2,000p yang tidak terlihat dalam jangka masa 20 tahun sebelum ini.  Sementara itu, median ramalan saham GSK datang pada nilai 1,500p, melihatkan kenaikan yang sedikit pada 4.5% berbanding harga syer yang tersenarai pada tarikh 12 Julai.

Soalan-soalan lazim (FAQ)

Syer GSK telah jatuh sebanyak 9.9% dalam jangka masa 12 bulan sehingga 12 Julai, dan sebanyak 12.9% dalam masa lima tahun lepas.

CEO syarikat, Emma Walmsley, terkini mengakui: "Saya sedar akan prestasi rendah ditujukkan syer GSK dalam tempoh yang berlarutan.”

Glaxo Smith Kline telah jauh ketinggalan di belakang pesaing-pesaingnya dari segi pulangan pemegang saham dalam masa empat tahun lepas. Pandemik koronavirus tidak membantu memandangkan ianya telah mengganggu rutin program vaksinasi.

Menurut Financial Times, 5 penganalisa telah mengatakan saham GSK bernilai untuk dibeli; 6 penganalisa mengatakan harga syer GSK mempunyai potensi untuk mengungguli pasaran dalam tempoh 12 bulan seterusnya; 16 penganalisa berpendapat bahawa keadaan semasa akan kekal; manakala 2 penganalisa lagi mengatakn bahawa syer GSK akan merudum. Penilaian atau “rating” penjualan tidak diberikan.

Currency.com menawarkan syer GSK dalam bentuk token, membenarkan anda untuk mendapat pendedahan terhadap harga syer tanpa perlu memiliki saham dasarnya. Ini memberikan peluang untuk masuk ke posisi pendek jika anda percaya harga syer akan jatuh.

The material provided on this website is for information purposes only and should not be regarded as investment research or investment advice. Any opinion that may be provided on this page is a subjective point of view of the author and does not constitute a recommendation by Currency Com Bel LLC or its partners. We do not make any endorsements or warranty on the accuracy or completeness of the information that is provided on this page. By relying on the information on this page, you acknowledge that you are acting knowingly and independently and that you accept all the risks involved.
iPhone Image
Berdagang saham, indeks, komoditi dan pasangan FX terulung di dunia dengan kripto atau fiat
iMac Image
Berdagang saham, indeks, komoditi dan pasangan FX terulung di dunia dengan kripto atau fiat
iMac Image